Followers

PEMBUAT,PENGELUAR,PENGEDAR KEK LAPIS SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA


BENGKEL RAWANG SELANGOR DI BUKA SETIAP HARI 8 PAGI - 8 MALAM
CALL - 017 215 9962 / 017 215 6161

Sunday, April 20, 2008

Laksa Sarawak


Lama nak buat,pes kene import dr Sarawak,nak buat pes - isk malas ler,lagipon sorang dua jer nak makan.

lama dah nak rasa kat tekak nih,keh keh tercapai gak!

sape nak wat pes ha ni dia resepinyer utk adik kakak kite duk luar negri tu,hehe selamat mencuba!

REMPAH LAKSA SARAWAK (dikisar halus menjadi pes)

15 biji bawang merah

6 ulas bawang putih

5 biji buah keras

18-20 tangkai cili kering, dibuang biji & direndam lembut

2 cm lengkuas

4 btg serai

1 1/2 cm kiub belacan

2biji bunga lawang,1btg kecil kayu manis (sedikit sahaja)

1/2 cawan kacang tanah, digoreng & ditumbuk

1/2 cawan bijan, digoreng tanpa minyak
Nota: Bahan kering seperti kacang tanah dan bijan hendaklah dikisar dengan pengisar serbuk (coffee grinder).

* tumis bhn tersebut semua di dalam minyak yg sederhana byk hingga menjadi pekat & kental - api sederhana

Sesudah menjadi pes,rebuskan pes dalam 3-4sudu besar bersamaan dgn 4gelas air,tanak sampai menjadi pekat,tapiskan & di ambil jus + 4gelas santan campuran agak2 lah,nak rasa pekat buh lah pekat,nak cair ckit buh air lg yer!

Jgn biarkan kuah td mendidih sendiri,kacau utk elak lemak santan terkeluar,api sederhana.

utk menyedapkan lg kuah,kulit udang di rebus ambil airnya buh dlm kuah td,gula,garam aji secukup rasa.

*lebihan pes bleh tarok dlm peti ais.tahan selama 1tahun

Ni saudara kita dari UK buat laksa Sarawak - Kak Pah Sherry

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi yg ada pes sarawak - cara2 nya mudah saja utk persediaan ialah

pes laksa di rebus bersama setengah periuk air selama 20minit,selepas itu di tapiskan utk di masak bersama santan setengah periuk juga,garam gula aji secukup rasa

Penyediaan bahan utk laksa ialah

taugeh

tauhu goreng

beehon di celur

daun ketumbar

limau kasturi & belacan di tumbuk bersama cili api

udang di celur

isi ayam di carik selepas di rebus

telor goreng dadar kosong di hiris halus

sedia utk di makan

4 comments:

MalayConfinementLady said...

saya pernh mkn laksa swrk nie kat pasar Satok...sedap sangat...
tetiba terliur pulak

Dayang said...

miim,
ha yer kat pasar satok tu sedap,pompuan yg niaga ker? kalo dia mmg sedap laksa dia.eheh

Kak Pah Sherry said...

Yarabbi Dygku syg.. dah lamak kamek carik resepi pes tok... merata2 carik.. ada urang negeri lain molah resepi dlm blog.. sik cayak kamek.. kamek nang nunggu urg Swk juak empun pure resepi... timak kasih byk2 Dyg.. kelak kmk nang nok coba resepi tok.. ne alah.. sidak kuching ngepos dr sinun pes ya... cayang dyg.. muah3x

Dayang said...

kakpah,
ehehhe nang ader ktk ya.coba lak ahh,hehe kamek tok malas nak bermsk rempah ya koh,malas benar2 ehheeh