Followers

PEMBUAT,PENGELUAR,PENGEDAR KEK LAPIS SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA


BENGKEL RAWANG SELANGOR DI BUKA SETIAP HARI 8 PAGI - 8 MALAM
CALL - 017 215 9962 / 017 215 6161

Thursday, July 31, 2008

Malam Jumaat

Saudara ku yg di kasihi - marilah kita bersama membaca Surah Al Mulk - Sesungguhnya alam pertama selepas mati ada alam kubur!

Senantiasa membaca Surah Al-Mulk (Tabaarak)pada setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat.
Rasullulah s.a.w menamakan Surah ini dengan "Al-Maani'ah" (Pencegah, penahan dari seksaan) dimana beliau bersabda; "ialah surah Pencegah yang mencegah pembacanya dari seksaan Kubur"

Riwayat An-Nasaa'i. Hadis Riwayat At-Turmudzi menerusi Ibnu 'Abbaas adalah bertaraf Hasan.

"Siapa yang pada setiap malam membaca Tabaarak.., adalah dia akan dicegahkan oleh Allah 'Azza Wa Jalla dari seksaan Kubur" Hadis Riwayat An-Nasaa'i menerusi Ibnu Mas'uud.

Abu Hurairah dan Jaabir b.Abdullah pernah menerangkan bahwa Rasullullah s.a.w tidaklah beliau tidur malam sehingga beliau membaca Surah alif Laam Miin Al Kitaab (Surah As-Sajdah) dan Tabaarak.

Menurut Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, An-Nasaa'i, Ahmad b.Hanbal,Abu Awanah dan Ibnu Al-Jaaruud bahawa Rasullullah saw membacakan doa memohon daripada Allah agar dilindungiNya dari empat perkara, yang mana dibacakan lepas Tasyahhud Akhirnya sebagai satu sunnah bgainda saw (yg perlu diikuti segera) iaitu dibacakan debelum doa terakhir sebelum salam, doanya berbunyi :

"Wahai Allah, sungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada seksaan Neraka Jahanam,
daripada seksaan Kubur,
daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati /hutang piutang
dan daripada/fitnah (gunakan salah satu kata ini) Al-Masiih Ad-Dajaal"

Wassalam,semoga mendapat manfaat!

Projek



Semalam aku dapat call dr mr hubby yg bgtau ada satu kompeni nak order 50 set hamper kek lapis swk utk souvenirs raya nanti,insyaallah akan di buat 2minggu sebelum hari raya aidilfitri nanti.Aku percaya ini semua berkat keikhlasan berniaga & mengajar.
Sesiapa yg nak order hamper sila bagi quotation,amount & budget - insyaallah harga boleh di runding.
dygchanj@yahoo.com & 017 215 9962 - dayang
50% pendahuluan di perlukan yer & 50% lagi bayar setelah menerima hamper berkenaan.
Harga hamper RM100 each (minimum 10biji)
Kandungan - Kek lapis sebiji berharga 1.2kgs RM60
- Bakul deco
Atau
Kandungan - Kek lapis 2 biji half 500grams - RM70
- Bakul deco

Umum

Tgk gerhana matahari penuh secara live start pukul 3 petang esk di web http://exploratium.edu/eclipse, http://sems1.cs.und.edu/(7/8)sems/index.php, http://novosibirskguide.com/eclipse(7/8)live-broadcasting, http://www.atlaspost.com/2008tse, http://www.live-eclipse.org sama2lah kita buat solat sunat gerhana ptg esok.. makluman.. sila sebarkan.. tq

Wednesday, July 30, 2008

Terima Kasih banyak!

Sebahagian rupa kek yg Di order oleh Azura Shah dr Damansara Damai 4b iji ,Juliana dr KLCC 2biji, Azenita Abdullah 1biji & Ida Natrah 2biji

Di order oleh Rashidah dr Melaka 5biji di poskan ari ni,insyaallah besok sampai.

Dari Min untuk kawan nya - Noor Samsinar - Kedah


KEK LAPIS SARAWAK TERPANJANG

KUCHING, 26 Julai (Bernama)

-- Kek lapis Sarawak sepanjang 45 kaki atau 14 meter sempena sambutan 45 tahun Sarawak maju dalam Malaysia, tercatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai kek lapis terpanjang di Malaysia yang pernah dibuat setakat ini.Upacara pelancaran kek lapis itu yang dipamerkan di Tebingan Kuching, disempurnakan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada majlis Program Gerak Usahawan 2008 di sini hari Sabtu.

Ia disahkan sebagai kek lapis terpanjang oleh Pegawai dari Malaysia Book Of Records Yap Chee Kong.Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera Naroden Majais berkata rekod itu dicipta sendiri oleh anak Sarawak menggabungkan lima pengusaha kek lapis Sarawak dari syarikat Resipi Warisan, Mariam Cakes, Rabiah Amit Enterprise, Ambrosia de Cake dan S.A Enterprise selain bantuan 20 tenaga mahir dalam pembuatan kek lapis."Kek lapis terpanjang ini memakan masa lapan hari untuk disiapkan bermula 18 Julai sehingga 25 Julai dengan kos bahan RM10,000 selain upah membuat sebanyak RM6,000," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Naroden berkata 5,200 biji telur ayam, 170 kilogram tepung gandum, 100 kilogram mentega, 336 tin susu manis, 21 kilogram jem buah dan 170 kilogram gula digunakan untuk membuat kek lapis yang berwarna bendera Sarawak iaitu kuning, merah dan hitam.
Penaja utama projek itu ialah Maestro Swiss Trading Sdn Bhd iaitu syarikat pengeluar produk berasaskan coklat.Kek lapis terpanjang ini akan dijual menerusi kupon dengan harga RM20 sepotong dan sebahagian daripada kutipan jualan akan disumbangkan kepada badan kebajikan di Kuching.
Sementara itu, pada majlis yang sama pihak The Waterfront Cafe & Restaurant membeli segelas minuman bercoklat tarik yang dibuat oleh Taib pada harga RM500 dan hasil jualan itu juga akan disumbang kepada badan kebajikan.

-- BERNAMA

Tuesday, July 29, 2008

Terima Kasih


Dari Nurul Fiza lagi,alhamdulillah

Monday, July 28, 2008

Menu ari ni



Ikan bawal kukus air asam & sayor taugeh goreng biasa

Durian & Manggis



Di ambil dr kebun mother in law aku,xdpt nak memetik,so in law aku yg suh ambik dr umah dia.

Friday, July 25, 2008

HARGA BAGI MUSIM RAYA!!!


HARGA BAGI INDIVIDUAL - BELI 2 BIJI - 7X7 - 1.2KGS = RM60 each

HARGA BAGI INDIVIDUAL - BELI 5 BIJI - 7X7 - 1.2KGS = RM55 each
- DUE 5 RAMADHAN / 5 september

HARGA BAGI PEMBORONG - MIN 20 BIJI - 7X7 -1.2KGS = RM50
- berat area 30kgs

HARGA BAGI PEMBORONG - MIN 20BIJI - 8X8 - 1.6KGS = RM70 - berat area 40kgs
- DUE ORDER 1 RAMADHAN / 1 september

KEK LAPIS YG DI PILIH IALAH
- KEK LAPIS MASAM MANIS
- KEK LAPIS AIS KRIM SODA
- KEK LAPIS COKLAT
- KEK LAPIS PANDAN COKLAT CHIPS
- KEK LAPIS ABADI KASEH
- KEK LAPIS 3 RASA

SILA SERTAKAN NAMA & ALAMAT UNTUK RUJUKAN - EMAIL -
dygchanj@yahoo.com DAYANG - 017 215 9962

PEMBAYARAN - 50% ADVANCE BEFORE 15 OGOS 2008
(mana2 yg nak tambah pd waktu itu adalah antara 16ogos - 1september akan di layan tidak lebih dr tarikh tersebut )

KEK YG DAH SIAP AKAN DI BERITAHU KPD PEMBELI.
KPD YG MENGAMBIL SENDIRI SILA KEMUKAKAN RESIT BANK IN.
KEPADA YG JAUH SILA MEMBUAT PEMBAYARAN 50% JUGA,
JIKA KEK DAH SIAP AKAN DI BERITAHU,PEMBAYARAN SETERUSNYA AKAN DI BUAT.
SEKIAN

RUJUK POSLAJU UTK TIMBANG BERAT YER!!!
http://www.pos.com.my/

AKAUN - MAYBANK CURRENT SAVINGS - 5145 8915 4967
PEMEGANG - MOHD SARIMAN BIN HASSAN ( SUAMI AKU )
TELEFON - 017 215 9962

KEK AKAN DI HANTAR 1 - 2 MINGGU SEBELUM RAYA MENGIKUT GILIRAN

Jeruk



Hari sejuk ni leh ler pekene jeruk masak heheheehe terliur apabila melihat jeruk kat umah Cik Mat Gebu yg membuat sendiri jeruk betik.

aku pun xnak mengalah gak la,tp aku nyer bli ler,xserajin cik mat hehehe so gi ler kat website Pekan Rabu tetiba melihat jeruk di jual online,aku pun bli lah utk 1kgs. Terima Kaseh Adderlyna

Pakej Menarik untuk Kenduri

Gubahan kek lapis Masam Manis

Souvenirs - Kek lapis Metropolitan
Souvenirs - Kek lapis Dewi Pandan


Gubahan kek lapis Strawberry Coklat
DAPATKAN PAKEJ KENDURI PERKAHWINAN UNTUK MUSIM SEKOLAH OGOS INI -
PAKEJ HANYA RM280 SAHAJA!!!


1. KEK LAPIS STRAWBERRY COKLAT 8X8 - 1.6KGS - TERMASUK GUBAHAN - RM90

2. KEK LAPIS MASAM MANIS 8X8 - 1.6KGS - TERMASUK GUBAHAN - RM90
3. SOUVENIRS WITHOUT BOX - 100 PIECES - TERMASUK POTONG & PACK = RM100 ( RM1 each )
LEMBAH KELANG SAHAJA!!! - RM25
* SILA BUAT TEMPAHAN SEMINGGU SEBELUM PENGHANTARAN
TARIKH TUTUP 10HB OGOS 2008

Thursday, July 24, 2008

Projek Kek Lapis Macam2

Dapat email dr customer bernama Fiza dr Serdang,dia suh aku buatkan projek kek lapis dia.deal punyer deal maka siap lah kek lapis swk ni dalam 20biji,smlm aku penat tp berbaloi sbb kek dah siap semua nya di pack & ready to the market.al maklumlah kaki tangan sorang jer heehhe.
So dia suh aku bahagikan kek ni dlm 3 bahagian,maka jadi la ia kek lapis lambak! ahaks!!!
Terima Kasih Fiza semoga rezeki ini di berkati,semoga cepat laku yer!!! insyaallah!

Terima Kasih Juga kepada yg membeli kek dyg minggu ini yer,semoga rezeki di berkati hendak Nya :
1. Lina - KL - 2 Biji kek lapis
2.Min - Pahang - 2 Biji Kek lapis
3. Zarina Zainal Abidin - Ampang - 2 Biji Kek lapis
4. Zatidhati - Pekan - - 2 Biji Kek lapis
5. Haslinda Mustakim - Kg Pandan KL - 1 Biji kek lapis

Monday, July 21, 2008

Lagi cerita kelas kek kukus

kek kukus buahan yg dah siap
Norizan mendengar ceramah Sarrah Hanny,Nadia jadi tukang support,hapizah khusyuk jer! ehehhe
Adunan yg nak di siapkan
Ayu dr RTM dengar ceramah Liza, heheeh win yer yer ajer
Sedang menikmati hidangan tengahari.Harap semua berpuas ati dengan kelas dyg ni!





Kelas kek kukus berlangsung dengan lancar semalam.alhamdulillah semua kek sudah siap dengan sempurna.

Ator cara majlis bermula dengan selawat nabi saw & doa.semua peserta hadir kecuali ada kakak yg sorang ni emergency xdpt dtg & juga 2org dr KEMAS.
Semua bergambar bersama sebelum nak balik dari kiri Hafizah,Sarah Hanny,dyg,Nadia,Rahah,Shahira,liza,Izan,Zalela,Rohaila,Norizan,Ayu & Win - betul ke tak aku sebut ni,student2 sila bgtau jika salah ehehehe
Ni antara hidangan yg di hidang oleh dyg - karipap,bahulu,apam beras,puff oleh sarah hanny,kek coklat moist oleh anak murid aku - liza pun dtg juga utk memeriahkan majlis.
Antara hidangan tengahari - trubok masin goreng,kobis tumis air,sambal belacan & ayam masak sos kering.harap semua kenyang.
Sedang kyusuk mendengar taklimat - kiri ayu dari RTM,liza student aku.

Pemberian Princess Haryati

Kain tudung dr Dubai
Ni ialah Safron


Salam Yatt,kak ada call sabtu lepas tp yatt busy seperti yg di maklumkan.semalam yatt sms tp kak busy.pemberian ini amat surprised bg kak.tp kak tahu hati budi yatt yg baik hati even kak lom kompom lg alamat kamu dah poskan terus.terima kaseh yatt,semoga selamat melahirkan baby.semoga di limpahi rezeki & rahmat buat family yatt.nanti kak balaskan balik surat mu itu.terima kaseh skali lagi!

Thursday, July 17, 2008

Lapis Rempah

Bagi lembab ckit,so tekak senang nak menelan nye.di order oleh kak Ida Natrah lagi bersama lapis masam manis.harap ari ni sampai

Memasak lah pulak!

Acar Tenggiri

Sesiapa saja reti wat ni,bg dyg makanan ni di masak senang jer.ha tumbuk jer 3-4 ulas bwg merah & putih,cili kering,halia,serai ketuk,tumis terus dlm kuali,dah naik minyak buh jer buah jeruk tu - mangga,betik,buahan campuran semua,masok jer kacau - masok gula,garam aji secukup rasa,buh air sedikit ler dlm setengah gelas gitu,pastu tarok sos cili ckit,ha last skali tarok ikan tenggiri yg sudah di goreng,gaul sekejap lg ha siap dah!!!

Sambal Mangga
Cincangkan buah mangga muda yg kelat tu lg sedap - bilis,cili padi,belacan blender jer,ha keje senang hehehe tarok jer dlm mangga td,garam aji secukup rasa!
Ayam Masak Sos Kering
Ni lagi ler senang,perapkan ayam dlm 15minit ke dgn bhn tumbuk halia,kunyit,bwg merah & putih serai semua.
pastu tumis dgn bahan2 yg selebihnya,goreng tumis gitu,buh air sedikit & pastu tudungkan sekejap dlm 10minit.
pastu kacau lagi - tarok sos cili,sos tiram,kerisik utk kasi lemak2 hehehe kacau lg,bg kering lagi,ha ni resepi senang jer sampai besok leh makan lg sbb xbasi kalo goreng garing2 ni.hehehe
Selamat Mencuba Semua!!!

Monday, July 14, 2008

Bersama Kak Ida Natrah

Jumaat malam sabtu lepas jumpa kak Ida Natrah di kota damansara (rumah sepupu kak ida )- hantar kek yg di pesan & sampel gak.suka berborak dgn kak Ida Natrah,peramah & lemah lembut.hehehe Semoga Ukhwah berpanjangan.insyaallah amin.



Sunday, July 13, 2008

Terima Kasih Lagi!

Lagi Senarai pembeli kek lapis minggu ini,maaf kalo terlambat post entry ni,masa bkerja tu suntuk so kene wat yg kemudian,ok harap semua berpuas hati yer!

1. Nana - Singapura - 2 biji kek kukus
2. Ida Natrah - Trengganu - 4biji kek lapis
3. Ina Saly - Penang - 9 biji kek lapis & 1 kek kukus
4. Nani Maslina - Perlis - 3 biji kek lapis
5. Isabella - KL - 10 biji kek lapis


yg lain akan di update pada hari seterus nyer ok terima kasih skali lagi.semoga di limpahi rahmat selalu oleh Nya.amin

Saturday, July 12, 2008

Pemberian - Buah Tangan

Biskut Makmor Marbeles drp Kanda Nina Suria ( Kak Mon ) dr Brunei Darussalam - Terima Kaseh Rin & Majidah krn bersusah payah untuk sampaikan Biskut ni ke tangan Dayang.
Hasil kerja tangan Ina Saly dr Pulau Penang - terima kaseh atas pemberian ini - kek coklat mickey mouse & Coklat Cheese cakes .
Keropok & kain batik dr Trengganu atas pemberian Kak Ida Natrah ( trengganu ),semalam jumpa sekejap selepas waktu kerja.Terima kaseh juga.semoga kalian semua di limpahi rahmat selalu & rezeki melimpah ruah hendak Nya.amin

Thursday, July 10, 2008

Di Order oleh Norhana - Singapura


Seminggu asyik ber email bertanya kek hati parik & kek pilih kasih - kedua2 nya kukus,smlm Nana confirm kan harga tersebut dan bank in kan melalui western union,tghari di poskan ke singapura insyaallah akan sampai besok atau lusa.jgn bimbang kek ni tahan sebulan,jika nak makan lembab kukus kan selama 15minit.
Terima kasih atas pembelian ini.semoga Allah swt memberkati pemberian ini.

Award


Daripada Ummi,Zaliana & Ctnik - Terima Kasih.semoga Allah swt melimpahi rahmat kepada kalian keluarga.Begitu juga pembaca Blog dyg.amin

Tuesday, July 8, 2008

Pengumuman Kelas Kek Lapis Sarawak - Hanya Sekali Setahun,cepat jangan lepas kan peluang!!!

Salam Sejahtera kawan2 yg di kasihi,

Tujuan Kelas kek lapis Sarawak di adakan pada 3hb Ogos ialah untuk mengenal seni kek lapis sarawak melalui Formula Basic sebagai permulaan panduan untuk membuat kek lapis sarawak.

Kumpulan akan di bahagi dua kumpulan - setiap kumpulan di beri idea untuk mencipta resepi sendiri.
Kelas dyg ialah kelas yg manfaat bg semua yg nak mempelajari kek lapis sarawak,dyg tidak mempunyai resepi org untuk di tiru,semua nya resepi tersendiri & resepi bonda yg dr generasi temurun.byk lagi yg belum di ketahui.dyg juga mencipta resepi sendiri.

Dyg juga tidak mempunyai Buku Resepi untuk di rujuk,semua nya ada di dlm kepala sahaja.

Harap Kalian tidak melepaskan peluang untuk menghadiri kelas kek lapis Sarawak.Hanya Sekali Setahun.bukan mudah dyg nak buat kelas kek lapis ramai2 di sebabkan bekerja & membuat tempahan2.Di Jamin tidak akan mengecewakan! Insyaallah


Bertempat di Bengkel Kek Lapis Dayang
no 59,Jalan 2 PKNS
Batu 17 Rawang Selangor
Tel - 017 215 9962 - Dayang

Yuran - RM280 sahaja - nak byr deposit pun boleh rm50
ps - sila bawa bekas utk isi kek :)

Monday, July 7, 2008

Kelas Kek Lapis Sarawak - 3hb Ogos 2008

Formula Basic

Apakah itu Formula Basic?

Formula Basic kek lapis ialah adunan yg di gunakan untuk membuat kek lapis Sarawak yg mempunyai pelbagai perisa.

Kenapa kita mesti mempelajari Formula Basic untuk membuat kek lapis sarawak?

Formula ini penting kerana ia akan di guna oleh mana2 kek lapis yg boleh di ubah suai oleh perisa & warna.

Berapa Jenis Kek Lapis yg boleh di ubah jika menggunakan Formula Basic?

Terdapat lebih 30jenis kek lapis Sarawak yg boleh di gunakan melalui Formula Basic

Apakah Bahan2 yang di gunakan untuk membuat Formula Basic?

Temui Dayang di Kelas Kek Lapis Sarawak pada 3hb Ogos 2008 jam 10 pagi

Friday, July 4, 2008

Pengumuman utk kelas kek kukus sarawak


Harap maklum semua kawan2 - dyg akan mengadakan perjumpaan utk kawan2 yg di kenali di alam maya atau alam nyata ahakss!

Tujuan ini adalah utk mengeratkan silaturrahim & berkongsi ilmu di samping mengenali satu sama lain.

Pada masa itu juga kite sama2 belajar membuat kek kukus sarawak yg sedang hangat menjadi bualan sekarang,di kala perayaan kite boleh menghidang hidangan yg lazat hasil buatan air tangan sendiri,memandangkan sekarang ekonomi yg tidak stabil,apa salah nyer dyg kongsikan ilmu kek ini kepada yg sudi belajar. Yuran hanyalah RM50 shj - pada 20hb July - di Rawang.

Kek yg akan di pelajari ialah -

1.Kek Dandy @ kukus buahan
2.Kek Kukus asli tradisi
3.kek lapis kukus holiday Inn.

Insyaallah kite akan sama2 belajar pada hari itu.hidangan juga akan di sediakan.
Semua kek yg di buat pada hari itu akan di bahagi kan untuk di bawa balik oleh para sahabat yer,jangan lupa bawak bekas.

Mari Membaca

Semalam ada masa dyg gi kedai buku,belilah buku agama utk kehidupan akhirat,saja nak syer pd kengkwn buku ni baik utk kite semua sebagai panduan hidup utk kemudian hari.hidup kene berlandaskan hadis,hadis kene lah 'source' yg di percayai.
jangan main ckp jer - nabi cakap,rasul ckp - tetapi kene melalui hadis yg sahih.walaupun ayat nya cantik,indah tp belum tentu sahih.so jgn sampai menyampaikan hadis yg salah kpd pembaca jika tidak mahir dlm perihal agama.6 hadis utama sudah ada,al quran terjemahan pun sudah ada.kite sama2 belajar melalui kesilapan,tidak ada salah tegur menegur antara satu sama lain utk kebaikan bersama.
Berniaga pun jangan ingat untung semata2,hendak lah jujur dlm perniagaan,ingatlah sedekah amal jariah supaya pahala kite di nilai oleh Allah swt.

refer - al quran & hadis

AMALAN BULAN REJAB PALSU & TULIN

HADIS PALSU - BULAN REJAB

Tuesday, July 1, 2008

Pes & Pewarna untuk Kek

Sesiapa yg nak membeli pes warna utk kek lapis sarawak boleh lah link di sini yer - DEEYANAS - Seperti sedia maklum tahu Dianna @ kak dee - sudah lama berkecimpung dlm dunia bahan2 kek lapis ni - byk tokey kek lapis memesan bhn2 kek dr kak dee,ha apa tunggu lagi? kak dee juga sgt popular kat rnet.hehehe (dyg pon peminat kak dee)
lg senang hubungi ke hp dia jika nak cepat,ha jgn nanti kelam kabut nak buat kueh raya,kang terlepas plak hehehe