Followers

PEMBUAT,PENGELUAR,PENGEDAR KEK LAPIS SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA


BENGKEL RAWANG SELANGOR DI BUKA SETIAP HARI 8 PAGI - 8 MALAM
CALL - 017 215 9962 / 017 215 6161

Sunday, February 24, 2008

Siapakah Rabiah Amit?





Dua jilid buku resipi Kek Lapis Sarawak oleh Rabiah Amit sudah terjual berbelas-belas ribu naskhah, bagi setiap jilid. Jilid 1 dijual RM28 manakala jilid 11 dijual RM34.

Sehingga saat berita ini ditulis, jualan buku beliau masih laju. Dijangka menjelang bulan Ramadhan depan, jualannya akan meningkat lebih laju lagi!


Rabiah adalah pencipta kek lapis sarawak moden & penulis buku resipi kategori kek dan biskut paling berjaya dalam pasaran negara ini. Rekod jualan buku Rabiah Amit mengatasi rekod mana-mana buku kek, termasuk yang terbit dalam bahasa Inggeris & bahasa mandarin.

Keaslian resepi kek lapis Sarawak ini dan produk tradisional itu sudah menjadikan Rabiah Amit antara penulis tempatan yang menerima royalti paling tinggi daripada jualan bukunya dalam pasaran terbuka.

Sekali lagi terbukti, penerbitan bahan-bahan lokal dalam bahasa Melayu adalah jauh lebih menguntungkan, baik bagi penerbit mahupun penulis, dibandingkan dengan penerbitan buku tempatan dalam bahasa Inggeris, ataupun buku yang diimpot dari negara Inggeris.

Beliau di lahirkan pada 11april 1956,anak kelahiran kuching Sarawak sememangnya berminat dlm bidang masakan.
beliau kerap menyertai pertandingan masakan,beberapa kali menjadi juara pertandingan.seperti tahun melawat Selangor tahun 2000,Majalah2,Nestle & Shell Gas.
Beliau aktif dalam perkumpulan wanita di Sarawak & Brunei Darussalam.



http://en.wikipedia.org/wiki/Kek_Lapis_Sarawak

No comments: