Followers

PEMBUAT,PENGELUAR,PENGEDAR KEK LAPIS SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA


BENGKEL RAWANG SELANGOR DI BUKA SETIAP HARI 8 PAGI - 8 MALAM
CALL - 017 215 9962 / 017 215 6161

Wednesday, July 30, 2008

KEK LAPIS SARAWAK TERPANJANG

KUCHING, 26 Julai (Bernama)

-- Kek lapis Sarawak sepanjang 45 kaki atau 14 meter sempena sambutan 45 tahun Sarawak maju dalam Malaysia, tercatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai kek lapis terpanjang di Malaysia yang pernah dibuat setakat ini.Upacara pelancaran kek lapis itu yang dipamerkan di Tebingan Kuching, disempurnakan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada majlis Program Gerak Usahawan 2008 di sini hari Sabtu.

Ia disahkan sebagai kek lapis terpanjang oleh Pegawai dari Malaysia Book Of Records Yap Chee Kong.Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera Naroden Majais berkata rekod itu dicipta sendiri oleh anak Sarawak menggabungkan lima pengusaha kek lapis Sarawak dari syarikat Resipi Warisan, Mariam Cakes, Rabiah Amit Enterprise, Ambrosia de Cake dan S.A Enterprise selain bantuan 20 tenaga mahir dalam pembuatan kek lapis."Kek lapis terpanjang ini memakan masa lapan hari untuk disiapkan bermula 18 Julai sehingga 25 Julai dengan kos bahan RM10,000 selain upah membuat sebanyak RM6,000," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Naroden berkata 5,200 biji telur ayam, 170 kilogram tepung gandum, 100 kilogram mentega, 336 tin susu manis, 21 kilogram jem buah dan 170 kilogram gula digunakan untuk membuat kek lapis yang berwarna bendera Sarawak iaitu kuning, merah dan hitam.
Penaja utama projek itu ialah Maestro Swiss Trading Sdn Bhd iaitu syarikat pengeluar produk berasaskan coklat.Kek lapis terpanjang ini akan dijual menerusi kupon dengan harga RM20 sepotong dan sebahagian daripada kutipan jualan akan disumbangkan kepada badan kebajikan di Kuching.
Sementara itu, pada majlis yang sama pihak The Waterfront Cafe & Restaurant membeli segelas minuman bercoklat tarik yang dibuat oleh Taib pada harga RM500 dan hasil jualan itu juga akan disumbang kepada badan kebajikan.

-- BERNAMA

1 comment:

tuan umah said...

wa..sedapnya..thn depan leh akak join pulak...tak dpt bygkn camna rupa kek tu..ada gmbo tak?