Followers

PEMBUAT,PENGELUAR,PENGEDAR KEK LAPIS SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA


BENGKEL RAWANG SELANGOR DI BUKA SETIAP HARI 8 PAGI - 8 MALAM
CALL - 017 215 9962 / 017 215 6161

Tuesday, April 7, 2009

Resepi Kek Kukus Madu Kemenyan

Ini adalah Kek Tradisi Sarawak,Adalah kemestian di buat pada hari raya.Kek Kukus adalah kek yg popular bila hari raya menjelma.

Harap Maklum ye kawan2 sekelian,Resepi ini sudah di cuba sendiri oleh Kak Pah JB tokey besar bakery kat Skudai.
Jadi inilah dia resepi,Jika Ada soalan jgn malu jgn segan bertanya dlm msg box ok!!!

Bahan A

10 biji putih telor
1 sudu ovelette
1 sudu esen vanilla
1 gelas Gula pasir
( di pukul hingga kembang)
- sudah kembang - Masukkan tepung 1 1/2 gelas & kacau & ketepikan

Bahan B

10 biji kuning telor
1/2 gelas gula pasir
( di pukul hingga kembang)
- Masokkan butter 8oz pukul hingga kembang lg
- Masokkan 1 botol kecil Golden Syrup
- 1 gelas tepung marie ( biskut marie yg di kisar menjadi tepung)
- 1/2 gelas serbuk koko
- 1/2 gelas tepung gandum
- 1 gelas horlicks
- 1 camca kecil browning
- kacau rata2 & sebati



Sesudah menjadi 2 bahagian,selang selikan adunan seperti di dalam gambar. atau mengikut kesukaan masing2 nak mencorak

Sesudah di selang selikan,Tutup loyang dengan plastik ikat ketat dengan tali rafia utk elak air kukusan masok.
Kukus adunan di dalam loyang 8x8x3". Kukus selama 4 jam
Selamat Mencuba

1 comment:

adi said...

bahan A tidak guna butter ka...??