Followers

PEMBUAT,PENGELUAR,PENGEDAR KEK LAPIS SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA


BENGKEL RAWANG SELANGOR DI BUKA SETIAP HARI 8 PAGI - 8 MALAM
CALL - 017 215 9962 / 017 215 6161

Friday, April 10, 2009

Resepi Kek Lapis Limau Purut


Bahan2


4 biji Limau Purut di parut bahagian luar hijau,sebanyak 1 sudu kecil ( jangan parut bahagian putih limau ini akan menjadikan kek pahit )
10 biji telor saiz A
500g butter
200g gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan ovelette
425g susu pekat manis
200g tepung hong kong
50g horlicks
Sedikit pewarna hijau
20g tepung marie


Cara2

1. Bahan butter + gula + ovelette + esen vanilla di pukul hingga kembang - putih
2. Masukkan telor satu per satu sambil adunan di pukul
3. Masukkan susu pekat & pukul lagi sehingga sebati
4 Masukkan tepung hk sedikit demi sedikit kacau adunan
5. Masukkan horlicks + tepung marie & kacau lagi
6. Bahagikan kpd 2 bahagian ( 1 adunan masokkan pewarna hijau + parutan kulit limau purut ) 1 lg adunan di biarkan warna asli
7. Lenser kan loyang 8x8x3 + kertas minyak di lapik.
8.tuang 4sudu makan ke dalam loyang & rata kan
9. Bakar sehingga masak - kalau hangus di atas mmg masak lah ye,tekan dengan iron ( student ku tau apa maksud "IRON")
10. Bakar lah selapis demi selapis
11. GUNA API ATAS SAHAJA!!!
12. Oven biasa 180-220 darjah celcius (panaskan dahulu)

6 comments:

shoutulnisa said...

salam ziarah dan kenal akak..]
wow..teuja ase,lama dah nak belajar buat kek lapis ni..rasa2nyer ni lah resepi palng menarik sekali saya nak mencuba nyer..
nak try buat jugakla..
hehehe...yumm..yummm
wslm
dr:akma

Dayang said...

salam shoutulnisa,
meh cuba ye,sedappp ni

hashimah said...

thanx for the receipi.

Nadia WmBaker said...

kak, nak tanya, oven kat rumah sy api nyer atas dan bawah. xde yang atas sahaja. mcm mana ye?

Nadia WmBaker said...

assalammualaikum, kak. sy nak tanya la, oven kat rumah sy api nyer atas dan bawah sekali gus. xde yang atas sahaja. mcm mana ye?

Dayang said...

carilah oven yg bersesuaian ye,takut xjadi plak,oven yg bleh kontrol atas bwh