Followers

PEMBUAT,PENGELUAR,PENGEDAR KEK LAPIS SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA


BENGKEL RAWANG SELANGOR DI BUKA SETIAP HARI 8 PAGI - 8 MALAM
CALL - 017 215 9962 / 017 215 6161

Thursday, April 30, 2009

Blog berhenti Operasi buat Sementara

Salam semua,

Dayang ke Brunei Darussalam buat masa ini,ada apa2 pertanyaan sila email ke
dygchanj@yahoo.com or 017 215 9962

Akan kembali ke Malaysia minggu depan.


wassalam

Monday, April 27, 2009

Seafoods

Sup Ketam & TauFoo

Butter Prawn

Sotong Goreng Tepung


Siakap Masak Asam



Garlic French Beans



Paku Belacan

Oven lagi


Kali ini di beli oleh Kak Pah JB,terima kasih ye kakpah

Tiga Mak Budak gi Makan Seafoods




Malam Sabtu lepas KakPah JB & Kak Shidah Bentong datang ke rumah bermalam,mereka datang ke kl untuk menghadiri kelas2 kek.


Dayang bwk diaorg gi Kpg Melayu Subang untuk makan seafoods sambil minum air teh cina untuk kesegaran badan.

Terbang lagi.......


Salam semua,dyg akan terbang lagi kali ini ke Brunei Darussalam - dengan izin Allah swt akan selamat sampai.
Doakan dyg selamat pergi & kembali
akan Kembali seminggu kemudian,wassalam

Tuesday, April 21, 2009

Lagi Order

Kain Pasang motif pua sarawak di beli oleh Amin Johor

Kain Pua alas meja 9x5 Di beli oleh Amin Johor

Kebaya Di beli oleh Liza KL


Pewarna perisa di beli oleh Zai Johor



Tikar Iban 5x7" di beli oleh Datin Seri Azura Shah Damansara.Beliau juga memesan terubok masin tak terkira byk nye,kek lumut,udang kering,belacan etc.Terima Kasih banyak2 yea

Oven di beli oleh Kakak Hanum Negri 9 & Cik Puan Ayu dari Brunei Darrussalam & 1 lagi dyg punye (maaf ni gambar dari entry yg lepas,sbb bkn dyg yg gi swk membeli,bapak yg beli ye,so takde gambar)


Terima Kasih semua pada yg membeli & mengorder,semoga kalian di limpahi rahmat & rezeki melimpah ruah hendak Nya.amin

Kelas Kek Lapis Sarawak di Rawang

Fadhilla bersama kek lapis 3 rasa

Liza bersama resepi kek terbaru saya Oreo Cheese

Mira bersama Evergreen,Pandan Choc chips,Oreo Cheese,Blueberrys & 3 Rasa


Bergambar bersama sebelum bersurai jam 430ptg



Kelas Ahad lepas bertukar kepada hands on,sbb pelajar2 ini sudah confiden nak melapis,semua nya ada 5 biji kek lapis di buat,Terima Kasih kerana sudi belajar dengan dayang.Insyaallah di tahun hadapan akan buat kelas lagi.

Thursday, April 16, 2009

Menu yg lepas

Laksa Sarawak


Chee Cheong Fun

Cencaru Sumbat
Sambal Kedondong
Ramuan - buah kedondong di cincang memanjang,cili padi,bilis,belacan di tumbuk halus,perah air limau nipis sedikit,secubit garam & aji.
Tenggiri masak kicap berlada
Ramuan - tenggiri di goreng hingga masak ketepikan, bwg besar,tomato,bwg putih,cili padi di mayang.tumiskan dengan minyak sedikit 5sudu.sesudah garing sedikit masukkan sedikit sos tiram,sos cili,sos tomato,jus asam jawa,last masukkan ikan & gaul seketika.
Trubok Masin masak terung asam dayak

Kerabu ikan bilis
Ramuan - bilis di goreng & ketepikan.tomato & bwg holland dice,cili padi di cincang halus,masukkan aji,garam & jus limau nipis,lada sulah.gaul rata

Kek Lapis untuk Kelas Demo 19hb April 2009

Salam semua,

setelah di teliti ini adalah senarai kek yg akan di buat pada hari ahad nanti insyaallah,harap maklum kek ini adalah ringkas di buat,segera & senang.
Harap Maaf ada sebahagian kek yg tidak dapat di buat kerana memerlukan masa yg lama untuk mencorak seperti kek lapis bercorak.seperti kalian tahu inti kek ini memerlukan masa sehari dua & di letakkan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kualiti di dalam pembikinan kek lapis.Insyaallah di masa akan datang

1. Kek Lapis Evergreen
2. Kek Lapis 3 Rasa
3. Kek Lapis blueberry
4. Kek Lapis Oreo's
5. Kek Lapis Choc Chips
6. ................

Sekian Wassalam

Tuesday, April 14, 2009

Ehemmm kita ada tetamu...

touch up ckittt

Ni untuk website terbaru nanti,lupa plak nama nya

tudung putih tu adalah jounalist liza sedang mengatur model gambar bersama photographer nya.







Ambik gambar untuk website baru,lebih selamat kan untuk masa depan - All Rights Reserved.
Ada 2 jurugambar profesional untuk mengambil gambar kek lapis sarawak ini.Lain kompeni ye!

Yg 1 pulak untuk Majalah Aniqah untuk keluaran bulan puasa nanti.

Kelas Kek Lapis Sarawak di Rawang













Sabtu lepas kelas kek lapis sarawak di adakan di rawang,Fida dari Kapar Klang,hmmm jauh tu semata2 nak belajar kek lapis dyg ni,kakak Sofia dari Ipoh,dia drive sendiri ke Rawang,Zaleha dari Pandan Indah,Sarrah Kelana Jaya & anak sedara dia dari Subang Jaya.

Monday, April 13, 2009

Oven lagikkk


Di beli oleh student di Johor,Semua nya konfiden nak melapis,balik saja dari kelas dah try formula yg di ajar,alhamdulillah
Puan Norhavia nak oven yg saiz besar,Puan Mashita nak oven yg sederhana,Cikgu Lily nak oven yg sederhana & Puan Ani dari Kedah nak oven yg sederhana jugak.
Terima Kasih buat kalian Selamat maju jaya,melapis lah banyak2 utk raya yg akan menjelma! Maaf zahir & batin ahaksss!!!
Semua oven di poslaju hari ini,insyaallah besok atau lusa sampai ke destinasi.
NAK ORDER PLZ CALL ME 017 215 9962 - DAYANG

Friday, April 10, 2009

Resepi Kek Lapis Limau Purut


Bahan2


4 biji Limau Purut di parut bahagian luar hijau,sebanyak 1 sudu kecil ( jangan parut bahagian putih limau ini akan menjadikan kek pahit )
10 biji telor saiz A
500g butter
200g gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan ovelette
425g susu pekat manis
200g tepung hong kong
50g horlicks
Sedikit pewarna hijau
20g tepung marie


Cara2

1. Bahan butter + gula + ovelette + esen vanilla di pukul hingga kembang - putih
2. Masukkan telor satu per satu sambil adunan di pukul
3. Masukkan susu pekat & pukul lagi sehingga sebati
4 Masukkan tepung hk sedikit demi sedikit kacau adunan
5. Masukkan horlicks + tepung marie & kacau lagi
6. Bahagikan kpd 2 bahagian ( 1 adunan masokkan pewarna hijau + parutan kulit limau purut ) 1 lg adunan di biarkan warna asli
7. Lenser kan loyang 8x8x3 + kertas minyak di lapik.
8.tuang 4sudu makan ke dalam loyang & rata kan
9. Bakar sehingga masak - kalau hangus di atas mmg masak lah ye,tekan dengan iron ( student ku tau apa maksud "IRON")
10. Bakar lah selapis demi selapis
11. GUNA API ATAS SAHAJA!!!
12. Oven biasa 180-220 darjah celcius (panaskan dahulu)

Wednesday, April 8, 2009

Kelas DEMO RESEPI KEK LAPIS SARAWAK di Rawang


Salam semua kengkawan,Atas Permintaan umum banyak saya terima melalui email/sms/call sampai masa nya nak umumkan KELAS DEMO RESEPI KEK LAPIS SARAWAK akan di adakan di Rawang Selangor pada 18 & 19 hb April 2009.

1) 5 biji kek lapis akan di buat,semua berbeza jenis pada tarikh tersebut.

2) Jadi makna nya ada 10 biji kek lapis pelbagai jenis untuk di hidangkan pada hari raya bakal menjelma insyaallah!

3) 2 orang akan di beri peluang untuk hands on berdasarkan cabutan undi sebelum kelas bermula.

4) Semua kek lapis adalah berdasarkan resepi yg di minta berdasarkan konsep mudah,sederhana & senang!

Kelas ini juga berkonsepkan mesra alam ye!

**Terhad - 8 org sahaja ( 2 Booked )
** Jam 1030 pagi - 430 ptg
**Yuran - RM160 sehari / Boleh pilih tarikh apa nak datang
** Sesiapa yg dari jauh nak dtg naik bas kat pekeliling or ktm rawang sila bgtau awal,so boleh di jemput awal2
**Makanan & Minuman tengahari di sediakan

** Semua kek di bahagi kan & di bawa balik

Sila call 017 215 9962 - dayang untuk mendaftar
Bank in fee ke Maybank current savings - 5145 8915 4967 mohd sariman hassan (suami)

PS / perlu di ingat kelas ini adalah DEMO,semua pembikinan kek di jaga rapi oleh saya sendiri,jadi ia menjadi sempurna & tidak sama dengan cara pembikinan hands on yg di pelajari oleh pelajar.apa yg di pelajari adalah berbeza.
Demo ini juga bukan konsep FORMULA BASIC,ia adalah mengikut resepi

Jumpa Tokey2 besar

Kat Rumah kak zarra rock...tengok lah laksa nyonya tu adehhhh

5 Mak budak pingitan

Malam minggu kita org di jemput oleh tokey besar kek - Kak Zarra Rock adik kepada Nek Rock yg duk Arizona USA tu.jemput dyg makan di rumah nye - laksa Nyonya.Kak Pah & Kak Shida ikut sekali,rezeki jgn di tolak!!! apa lagi kiteorg melantak laksa di rumah kak Zarra Rock,adehhh sedap laksa nyonya tu,masih lekat kat anak tekak ni wehhhh!!!
Ahad plak lepak kat Angsana jumpa tokey besar kek pasir gudang,ehemm mcm biasa lah Sweetlily & Zai JB.sambil2 mengeratkan silaturahim,bertukar2 idea,byk pahala uuuu.aminnn!

Tuesday, April 7, 2009

Kek yg di buat semasa kelas di johor

Yoohooo tumpang jd iklan model jap yeee,tudung ekin di jual oleh adik ipar mawi world tuu,di promot oleh kakpahhh.amacam kakpah ok tak? hahaha.
Untuk Makluman semua kek ni di buat oleh student sendiri,dyg hanya guide mereka sahaja! ini lah hasil nye.....Sebahagian kek pada hari sabtu & Ahad,ada lg dlm oven tgh di bakar.kek lapis yg di buat semasa kelas ialah - kek lapis evergreen,kek lapis coklat chips,kek lapis limau purut,kek corak,kek lapis tembikai,kek lapis sisik ikan,kek lapis rempah,kek lapis masam manis,kek lapis corak pucuk rebung & kek lapis corak bersegi
Ada 6 jenis kelas sabtu & Ahad plak ada 5 jenis sbb corak double.


Kek lapis coklat chips ni tgh panas2 tengok lah semua xsabar nak balik!
Kek lapis segera bercorak - jem2 semua meleleh sebab di letak di dalam peti sejuk 5minit sahaja.masa pun dah suntuk nak balik jam 5ptg


Kek lapis tembikai request by ehemm.ehehhe



Kek lapis limau purut request by kakpah,limau purut dia ada stok,sayang nak membazir.tu lah kakpah nak buat utk kek lapis.hehehe.ni yg paling sedap kata kakpah & student yg lain.lain dr yg lain rasa nye!

Sekitar Kelas Kek Lapis DI Skudai Johor

Kelas hari Sabtu dari kiri - Hanizan Selamat dr trengganu,Norhavia dr Masai,Masitah dr Skudai,Hannah dr Trengganu & tuan rumah tokey besar kek di skudai - Kak Pah ( tiada dlm gambar Marlina & Lina )

Kelas hari Ahad plak dari kiri lg - Kak Pah,Rashidah dr Bentong,Sharifah Anes dr JB,Noraini & Lily dr Bt Pahat

Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar,kek semua di buat oleh student sendiri,lurus tak lurus mcm pembaris buat pertama kali mmg lumrah.harap melapis lagi di rumah,practise make perfect.


Dari Basic sahaja sudah boleh membuat kek lapis pelbagai jenis,ha tengok lah semua kek as request by student2.mcm2 tau2 je dyg ni byk resepi erkkk!!! sib baik resepi ingat kat otak ni hahaha al maklum lah dyg xde buku resepi kek lapis. Main campak je!


Alhamdulillah gak student dah konfiden melapis & berniaga,ada gak yg sudah order oven,akan di hantar pada tarikh yg di tetapkan,insyaallah!


Selamat Maju Jaya! Semoga di berkati & di limpahi rezeki melimpah ruah hendak NYA.

Happy Birthday

souvenirs utk di bagi pada kawan2 sekolah

sedang memotong kek

1hb April lepas adalah hari ulang tahun kelahiran anak ku.Tahun lepas Kak Jun Yummylicious buatkan kek utk dia,terima kasih ye kak jun,dyg ingat lg tu hehe,FOC plak tu!!! thn ni plak aku bli je!hahaha,memandangkan busy,mak dia takde masa nak membuat,nanti anak nak kek ben10,ade sesiapa nak membuat kek ben10? keh keh keh


Selamat Ulang Tahun anakku,semoga menjadi insan yg berbakti pada ibubapa & berguna di dunia & akhirat,amin!