Followers

PEMBUAT,PENGELUAR,PENGEDAR KEK LAPIS SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA


BENGKEL RAWANG SELANGOR DI BUKA SETIAP HARI 8 PAGI - 8 MALAM
CALL - 017 215 9962 / 017 215 6161

Friday, January 11, 2008

Kek Lapis Masam Masam Manis - Hawflakes- Kukus


Resepi kek ini adalah dari turun temurun,so saya ingin berkongsi resepi ini kepada anda.

Sediakan pengukus sederhana isi air setengah,letak limau kasturi atau asam keping untuk mengelak pengukus menjadi hitam.biarkan di atas api sederhana hingga mengelegak.

Kek Lapis Masam Masam Manis

Bahan A
16 oz mentega golden churn
2 gelas gula (boleh di kurangkan gula kpd 1cwn bg yg xthn manis)
2 sudu teh vanila

Bahan B

10 biji telur gred A/B
1 tin susu pekat manis
2gelas biskut marie [ditumbuk]
1gelas tepung hong kong
1 sudu teh bikarbonate soda
1 gelas horlicks

Bahan C

pewarna hijau,kuning atau coklat (pilih 2 atau 3 pun boleh)
12 bungkus haw flakes

Cara cara membuat bahan2:
Pukul Bahan A hingga kembang menjadi putih

Pukul Bahan B berasingan,telur pukul hingga kembang
baru di masok kan yang lain mengikut urutan list bhn ini

Satukan kedua-dua adunan dan kacau rata.
Masukkan tepung biskut marie dan baking powder.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian , satu diwarnakan kuning, yg satu lagi diwarnakan hijau.
Sediakan loyang 8x8 atau 7x7 juga boleh,sapukan sedikit butter,kertas minyak mengikut saiz loyang,barulah taburkan sedikit tepung ditepi loyang,untuk mengelak dari melekat.
Kukuslah selapis-selapis dan tutup loyang dengan kain putih,atau kertas putih juga boleh,tp letak senduk panjang melintang di atas loyang untuk menahan kertas dari masok ke dalam acuan tu. tutup pengukus,kukus selapis selama 5minit,barulah di masukkan warna yg baru.
setiap 2 warna selang selikan dengan haw flakes.
jika hendak membakar juga boleh tetapi kena tambahkan ovelette.

Selamat Mencuba

8 comments:

Solehah said...

wahhh kak dayang.... nak cuba buatlah... hehehe.. x sabarnya..

Anonymous said...

wow..terima kasih kak krn sudi berkongsi resipi. nak tanya gelas tu saiz apa? boleh ganti ngan cawan sik?

Muhammad Zarif Izzudin said...

salam..nak tanya, kalau bakar, nk tambah ovelette banyak mana n bile masa, then bakar dengar suhu berapa?nak cuba buat, tp kt rumah ada electric steamer je..

Dayang said...

micheleyap,aok boleh di ganti dgn cawan,sama juak

salam zarif,
kene pakai periuk kukus tu ye,bkn electric steammer nanti xjadi plak kek

{ finieViolet} said...

slm perkenalan..

sy dah cuba buat kek lapis asam manis ikut resepi puan ni..

sedaplah..

silalah jenguk blog sy..ada entry pasal kek lapis asam manis ni.. tp buatan sy x sempurna macam puan..hihi..

http://finieisnajla.blogspot.com/2011/04/kek-lapis-asam-manis.html

D.O.A (deluxe of arts) said...

hi Dayang,

Dah lama zaza cari resepi ni. Terima kasih kerana sudi berkongsi. Hari minggu ni nak cubalah.

terima kasih :)

Dayang said...

ya sama2,pasti guna kan mentega buttercup,sbb ini resepi lama dahulu

junaidah said...

nak tanya kna bubuh baking powder ke tau bikarbonate soda.... tulis kat cara2 tadi ade letak baking powder tapi tak de pulak tulis bikarbonat'''' kat bahan2 ade pulak bikarbonat soda tapi takde baking powder...