Followers

PEMBUAT,PENGELUAR,PENGEDAR KEK LAPIS SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA


BENGKEL RAWANG SELANGOR DI BUKA SETIAP HARI 8 PAGI - 8 MALAM
CALL - 017 215 9962 / 017 215 6161

Wednesday, February 25, 2009

Pemenang

Salam Rabu semua,

Alhamdulillah subuh dah bangun untuk melihat keindahan alam,alhamdulillah juga solat pun sudah tertunai.semalam dyg busy ckit hal2 bakery kat luar,jumpa client,customer itu ini...alhamdulillah permudahkan urusan di dunia,moga juga permudahkan urusan di akhirat insyaallah amin.

Seperti yg di janjikan pemenang,dyg sudah meneliti jawapan nya.
Soalan 1 -
Bilakah dyg akan pergi ke Labuan untuk mengajar?
Jawapan - 14 & 15hb Mac

Soalan 2 -
Berapakah harga kek lapis masam manis 7x7"?
Jawapan - RM65

Soalan 3 -
Berapakah harga kek lapis Bakun 7x7"?
Jawapan - RM110

Tahniah pada 3 pemenang pertama!!!
1 - Riezanie
2 - Shukrie
3 - KakPah JB

**Hadiah ialah kek lumut excluding delivery,sila bank in RM20 secepat mungkin untuk penghantaran melalui poslaju,kek akan di hantar pada minggu depan insyaallah!
Sila bagi contact no,alamat penuh,jika sudah bank in RM20 sila sms ke hp 017 215 9962 - dayang
Ini peraturan ye! Jangan suh dyg carik kat blog kalian ye,dyg xde masa arini,dah bank sila sms terus then bagi alamat rumah okkkkk

Pada yg sudah mencuba tapi lambat menjawab sila cuba lagi jgn putus asa,tp kene rajin masok blog ni pepagi buta yer! keh keh keh
Terima kasih semua atas sokongan kalian,semoga kita semua di rahmati Allah swt selalu!
Wassalam

Tuesday, February 24, 2009

Contest For Readers

Salam Selasa,

Contest pernah di adakah tidak lama dulu tp telah berhenti sebentar memandangkan jadual terlalu padat,insyaallah akan di buat lagi pada masa akan datang.

Soalan :-
1.Bilakah tarikh dayang kek lapis sarawak akan mengajar di labuan?
2.Berapakah harga kek lapis masam manis 7x7"?
3.Berapakah harga kek lapis bakun 7x7"?


3 Pemenang bertuah pertama akan menerima kek lumut 1kgs - more or less worth RM55,excluding penghantaran.

Sila jawab di komen ini,tarikh akan di tutup sejurus jawapan sudah di berikan.ok dyg nak chow dulu ada tugasan di luar...

wassalam

Thursday, February 19, 2009

Tempahan customer

Alhamdulillah berkat usaha,kek telah di tempah oleh pelanggan2 setia.Terima Kasih banyak2 kepada :-

1. Farah Kelab Golf Shah Alam 2 biji - kek lumut & lapis strawberry coklat
2. Hotel Glenmarie Shah Alam 1 biji kek ais krim soda
3. Sarrah PJ 1 biji kek lapis blueberry
4. Mira Melawati 2 biji - horlicks & lapis coklat
5. Azlina Shah Alam 3 biji kek lumut
6. Ofisboy PJ 2 biji - lapis coklat & kek lumut
7. Zaleha Pandan Indah - kek lumut
8. Emil @mamamia - Shah Alam - kek lumut

Bagi yg belum merasa kek lumut ni - rasa pandan,horlicks,kaya pun ada ye! berharga RM80 - 2kgs - Kukus 4 Jam + delivery RM15 - Klang Valley/poslaju

Sesiapa yang nak order kek lumut atau kek lapis boleh call/sms ke 017 215 9962 - dayang,tak kira lah bila nak janji sehari untuk di buat,kerana memerlukan masa 4jam untuk mengukus. Harap Maklum!

Wednesday, February 18, 2009

Ala Tomyam







Masa tak mengizinkan untuk memasak sebab sabtu ahad padat dengan aktiviti luar - jumpa dengan chef,jumpa dengan tokey kedai bakeri,jumpa dengan student,hubby lak jumpa contractor,jumpa client. masing2 ada jadual.kene makan kat luar lah.meh jemput sama....

Steak

Jemput......

Monday, February 16, 2009

Claypot Chicken Rice

Meh makan sama....

Kek Lapis Blueberry




Sabtu lepas dyg buat kek lapis ni,mula2 masa baru membuat kek lapis,dyg cuba cipta resepi ini dahulu.

Kek Lapis Blueberry

Bahan Bahan
Mentega 500g
gula halus 200g
esen vanilla 1 camca kecil
Telur 15biji
susu pekat 375g
ovelette 10g
tepung marie 100g
tepung hong kong 200g
horlicks 100g
perisa blueberry 100g
pewarna ungu 1 camca kecil

Cara cara
Panaskan ketuhar suhu 200’c
Griskan loyang 8x8x3 & lapik kertas minyak
Pukul Butter & Gula,esen vanilla sampai kembang
Masukkan Ovelette pukul lagi
Telur di pukul berasingan sehingga kembang,masukkan ke dalam adunan butter & kacau rata
Masukkan 200g susu pekat,kacau lagi
Masukkan kesemua tepung,horlicks sedikit demi sedikit & kacau lagi
Bahagikan kepada 2 bahagian – perisa blueberry ,pewarna ungu & 1 adunan lagi warna asli
Bubuh ke dalam loyang sebanyak 4 sudu ratakan & bakar
Bakar berselang seli

Thursday, February 12, 2009

Kelas Kek Lapis Sarawak - IPOH,PERAK

Status - OPEN
LOKASI - IPOH,PERAK
CONTACT: Puan SOFIAH - 019 555 2506

YURAN – RM350 + 50 reg fee ( biasa RM1000)

TARIKH - APRIL (belum di tentukan)
STATUS - Hands On - BASIC + CORAK
TIME - 10pagi - 4ptg
Minimum - 10 org peserta

Kelas Kek Lapis Sarawak - KOTA BELUD SABAH

Status - OPEN
LOKASI - BALAI RAYA KOTA BELUD 89158 SABAH
Telefon : Puan Nonie – 0129748458/0128213775
YURAN – RM200 SHJ
(biasa RM500)
TARIKH - 12 April 2009
STATUS - Hands On - RESEPI + CORAK
TIME - 10pagi - 4ptg
Minimum - 30 org peserta

Kelas Kek Lapis Sarawak - LABUAN

Status - OPEN
LOKASI - Labuan Training Centre Sdn. Bhd
Jalan Kemajuan
W.P.Labuan Sabah

Telefon : 087-423640/582707 - Puan Noramin Nor - POC

TARIKH - 14 & 15hb Mac 2009
STATUS - Hands On - FORMULA BASIC + CORAK
TIME - 10pagi - 5ptg
Minimum - 30 org peserta

Kelas Kek Lapis Sarawak - JOHOR

Status - OPEN / 5 Booked
LOKASI - no 2 jalan PI 4/7taman pulai indah81110 SKUDAI Johor
** transport boleh arrange sila hubungi 0172159962 /dygchanj@yahoo.com
TARIKH - 5HB APRIL 2009
FEE - RM350 + RM50 (reg fee) (biasa RM1000)
STATUS - Hands On - FORMULA BASIC + CORAK
TIME - 10pagi - 3ptg
Minimum -10 org peserta shj
*** Makanan di sediakan

Tuesday, February 10, 2009

Bersama Aishah


Sesiapa kenal dgn Mak Budak ni? heheehe

leka sgt beborak xingat dunia langsung,hanya ada 1 jer gambar ni.Aishah dah selamat balik ke Jepun.ehehhe

Monday, February 9, 2009

APA???

Pernah kah anda mengalami masalah membuat KEK LAPIS SARAWAK?
Apakah masalah yang anda hadapi?
Resepi Keliru?
Bahan2 yang terlalu banyak?
Menggunakan telur yang banyak?
Mesti nak GUNA Butter yang baik?
Adunan mesti di sukat betul?
Tak Tau Cara nak Buat?
Cara2 membuat tak Betul??
Menghadap oven terlalu lama?

Banyak lagi MASALAH?

APA?
Kek Keras?
Kek Penyek?
Kek bantat?
Kek Tak Masak di dalam?
Kek Kering?
Kek Hangit?
Kek Berminyak?
Kek Terlalu Manis?


Sekarang tidak lagi!
TAKDE MASALAH!!!

Sunday, February 8, 2009

Ikan Masak Cara Portuguese



Makan dengan nasik putih panas sudah cukup,resepi campak,buh apa yg ada dlm peti sejuk,bendi,daun limau purut,sauce yg di jual kat supermarket,limau nipis.bakar selama 20minit.

Friday, February 6, 2009

Makan - Mee Rebus Johor,Murtabak & Otak Otak




Sebelum balik ke KL aritu,kiteorg gi makan mee rebus jap kat kawasan kampung,lupa lak apa nama tempat tu,pusing punye pusing baru jumpa,sbb dah 10thn aku tak masok johor,sib baik hubby tau jalan keh keh.

Thursday, February 5, 2009

TAKDE MASALAH!

Banyak kelas yg saya hadiri ada byk soalan di kemukakan & begitu juga kelas kek lapis sarawak yg lepas,saya terima byk soalan dr student,antara soalan nya ialah.
Soalan 1- Cikgu kalo gula terlebih sikit takpe ke?Jawapan - takde masalah!
Soalan 2 - Kalo tepung pakai gelas takpe ke?Jawapan - takde masalah!
Soalan 3 - Kalo telor lebih 2-3 biji mcm mana?Jawapan - Takde masalah!
Soalan 4 - Kalo pakai butter yg murah?Jawapan - takde masalah

Soalan 5 - Mcm mana kalo saya buh adunan tepung terlebih sedikit di dalam batter?Jawapan - takde masalah

Soalan 6 - Susu pekat biasa kalo buh byk takpe ke?jawapan - takde masalah
Soalan 7 - Tepung biasa pakai boleh tak?jawapan - takde masalah

Soalan 8 - Gula tak blender takde hal ke cikgu?jawapan - takde masalah
Soalan 9 - Telor kecik2 takpe ke cikgu? tp guna lebih sikit?jawapan - takde masalah
Soalan 10 - Pakai oven biasa takpe ke cikgu?jawapan - takde masalah

Wednesday, February 4, 2009

Komen

KOMEN DARI STUDENT -

Banyak2 kelas yg aku pegi kelas kak Dayang la paling senang aku nak ingat. bila di tanye 'ada soalan tak?' semua student senyapppppppp hahaha....apa maknanya tu? samada terlebih paham atau langsung tak faham? Sebab basic yg dia ajar senang nak ingat..dr basic tu kita ble buat lebih dr 30 jenis kek lapis - Along Zai Johor

apa yg ble aku katakan kelas yg aku join ni memang berbaloi sgt2. Thanks kak Dayang atas ilmu yg dicurahkan..moga kita sama2 dpt manfaat drpdnya. - Along Zai Johor

kitaorang semua dapat belajar teknik yang mudah dan sempoi. Sebab haku ada pengalaman gak belajar kek lapis ni.. jadi haku boleh bezakan mana yang jadi dan hampir jadi - Sweetlily Pasir Gudang

Senang betul yer,xpayah nak bukak resepi kek lapis lain lagi sebab basic yg mudah - Lina KL

Tak Payah nak bersusah payah nak carik resepi kek lapis yg lain sbb gunakan basic amat ekonomi - Hazama BNM

Saya halalkan pembelajaran ini,amat berbaloi & berpuas hati,xrugi saya datang jauh2 ni - Shita Kuala Terengganu

Terlalu mudah bagi saya,amatlah senang - Amy KL

Alah tak dapat akak nak tumpang glemer amik gambar dalam blog dayang,sebab lupa nak amik gambar lol - Akak Lina KL


Kek yang di buat sangat lah sedap,tidak berminyak & tahan lama,ramai customer yg puji sebab saya dapat belajar dengan org sarawak sendiri - Liza KL

sedap sungguh kek lapis ni..moist... x yah tunggu berhari2.. - Alin JB

Biar betol ngko,aku rasa xcaya jer ko ajar basic ni,sbb byk gak aku tgk resepi membazir tp aku tgk ko nye sangat lah simple! - Az Gombak

Dah la basic simple pastu xperlu berjam2 aku nak tunggu dpn oven,dalam 20minit jer pakai oven kek lapis tu dah siap sebiji kek lapis aku,wahhh ini sudah bagus,kalo 10biji order aku rasa dalam 30biji aku bleh buat dalam sehari! - Zainah Selangor

PS/ Jika anda pernah belajar dengan saya & ingin berkongsi pengalaman sila lah bagi komen,untuk membina masa depan lebih ke arah kemajuan.

Tuesday, February 3, 2009

Tempahan Kek lapis Sarawak utk Kenduri


Harga - RM1.20sen each - 300biji
Harga - RM1.10sen each - 400biji
Harga - RM1.00sen each - 500biji ke atas


3 JENIS KEK BOLEH DI PILIH

1. KEK LAPIS DEWI PANDAN
2. KEK LAPIS COKLAT
3. KEK LAPIS MASAM MANIS

Kek lapis sarawak kelas di Pasir Gudang





Ini dia kek express yg di buat oleh student2 ari ahad lepas jam 3 semua dah nak tapau semua xsabar nak bersurai hahaha.xde masalah janji ilmu dah dapat.panas2 lagi dah di potong.hahaha

Monday, February 2, 2009

Kelas Kek Lapis Sarawak di Johor


Alhamdulillah kelas semalam berjalan dgn lancar,bermula dari jam 10pagi hingga 1ptg untuk laluan berehat & bersambung pada jam 2ptg hingga jan 3ptg,so hanya 4jam shj utk menyediakan kek lapis sarawak sebanyak 5jenis.berasaskan FORMULA BASIC yg di sediakan oleh dyg sendiri.
Terima Kasih yg tidak terhingga pada Sweetlily Nina yg sudi menolong sediakan tempat & sbgnya.Begitu juga pada yg lain yg suka tolong menolong.
Insyaallah berjumpa lagi di lain masa utk resepi kek sarawak yg lain.

Terima Kasih skali lagi pada Ross singaporean bersama rakan2 - Fatimah,Faizah,Kasmirah,Misliah & Nina,Zai & Alin.Pada yg tidak hadir atas urusan peribadi & kerja dyg juga ucapkan terima kasih krn maklumkan,insyaallah di lain masa kita berjumpa.

PS/ Untuk Makluman kek ini semua di buat oleh pelajar sendiri,so ada yg tidak sempurna adalah menjadi kebiasaan pertama kali membuat.