Followers

PEMBUAT,PENGELUAR,PENGEDAR KEK LAPIS SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA


BENGKEL RAWANG SELANGOR DI BUKA SETIAP HARI 8 PAGI - 8 MALAM
CALL - 017 215 9962 / 017 215 6161

Thursday, August 7, 2008

Pakej Kenduri di order oleh Ummi Kuantan


Ini rupa Lapis Dewi Pandan utk souvenirs (100biji) - nanti diaorg buh sendiri dalam kotak hiasan

Ini Kek Hantaran Pertunangan - Lapis Pucuk Rebung.ada lagi sebiji xdi hiaskan.

Pakej Kenduri ialah RM280 - 2biji kek lapis biasa (deco atau xperlu ) + 100biji kek lapis untuk souvenirs.

Terima Kaseh yer Ummi krn sentiasa menyokong dayang.ini dah kali ke berapa Ummi order kek lapis dayang ehehe.semoga di limpahi rezeki melimpah ruah.insyaallah amin

Hantaran oleh Rina - UTM Segamat



Kek ini di order oleh cik Rina Samad Rosdi,dia suh aku buatkan kek apa saja,janji buatkan deco untuk hantaran.so aku buatkan lapis masam manis krn kek ni sangat popular untuk di jadikan hantaran,kek ni di hantar kepada kawan nya di Bachok Kelantan,begini la rupa kek tersebut setelah di pack (atas) utk elak dr kemek,so nanti just buka atas packing then sedia utk tatapan tetamu yg datang.
Satu lg kek nyer aku dah poskan ke Segamat ari ni.kek yg sama jugak.Selamat Menjamu Selera,semoga rahmat melimpahi kalian,semoga kek selamat sampai insyaallah.



Wednesday, August 6, 2008

Promosi Kek Hati Parik


Promosi Kek Hati Parik harga RM100 - 1.8 - 2kgs . (termasok poslaju - RM20)


Promosi dari tarikh hari ini 06hb Ogos hingga Isnin 11hb Ogos sahaja akan di poskan pada hari tarikh order secepat mungkin.

Tuesday, August 5, 2008

Hari Yang Sukar Dalam Hidupku...

Tak tau nak mula kan yg mana satu tapi apa pun alasan hari ni adalah hari yg sukar untuk di lalui,semoga Allah swt tabahkan hatiku yg remuk ini,sebak nya kerana tidak dapat menyelamatkan org yg kita sayangi menyeberangi sungai dari alam firdausi.

Cerita nya begini nenek kepada suami aku (chinese buddhist family) dari keluarga yg baik2 belaka,tetapi yelah apa yg dpt ku doakan pada nenek yg sedang nazak sekarang? sekurang2 nya aku dapat menjenguk dia dan perdengarkan kalimah ke telinga nya.tp aku tidak mampu berbuat apa2.Lemah nya iman ku,kerana tidak dapat menghadapi hari yg sukar ini...

Nenek suami eksiden kene langgar lori sawit kat kawasan ladang sawit milik dia.motor dia xrosak tp nenek yg luka parah hingga otaknya tidak dapat berfungsi.Khamis lepas operate 8jam,mana nyawa yg terdaya jika usia sudah menjangkau 90tahun? Hanya Miracle saja yg dapat menentukan...

Sekarang hanya membilang hari sahaja,otak tidak dapat berfungsi hanya menunggu maut bakal tiba.Ya Allah sesungguhnya hanya kau maha mengetahui hati hamba NYA.sesungguhnya engkau maha pengasih lagi maha mengasihani.Engkau juga yg tahu hati setiap hamba MU...

Sebak nya hatiku tidak dapat menyelamatkan dia dari ...... ( korang jer yg tau jawapan nya)

ps/ mana yg dapat aku buat order arini,besok lusa aku cuba siapkan SECEPAT MUNGKIN sebelum HARI penGKebumian! DI JIRAT MANA NTAH TP AKU XPERGI,KERANDA PON DAH SIAP DI SEDIAKAN,SEKURANGNYE AKU GI RUMAH NENEK FOR THE LAST RESPECT.

HARAP MAKLUM!


ps - sudah meninggal petang tadi jam 5ptg,tapi aku xdpt pergi sbb anak2 meragam,lagipun ada tempahan nak buat.

Monday, August 4, 2008

Terima Kasih sekali lagi

DI order oleh 2 pelanggan tetap yg sudah 2x membuat tempahan melalui online transfer - Pelanggan ni Cikgu Sekolah Menengah Convent Bukit Nenas,KL - dia telah membuat tempahan 4biji kek masam manis ,1 biji 3 Rasa & 1 biji Pandan Coklat.Terima Kaseh Cikgu! heheehe

Yg sorang lagi drp Mamamia@emil Shah Alam - juga telah membuat tempahan ari jumaat - besok sabtu aku dah buatkan utk dia sbb aku buatkan skali gus utk pelanggan yg lain,so masa pon jimat la.
2biji besar lagi di order oleh jiran aku utk hantaran kahwin.Sebiji di order oleh seorang doktor.
Apa pun terima kaseh byk2 semoga kalian di limpahi rahmat & kesejahteraan selalu.amin.

Sunday, August 3, 2008

Hasil Kerja Tanganku

Lama xpraktis tangan since wat kek lapis - aku xde masa nak mendeco kek,ari sabtu minggu lepas aku lari ke Klang untuk belajar deco dgn kak rozi - hehe konon2 nak praktis tgn ku utk mendeco,sbb anak2 ku suka makan kek ni,kalo seminggu mesti bli dua kali,so aku nak lukis katon pon xsempat,kdg2 ku taborkan saja coklat rice.wakakka senang,layan jer la kek deco ku yg tidak kemas ni.al maklum la tangan xseni.
Ni kek coklat moist baru keluar dr peti sejuk aku cilok resepi dr Zaliana Jurnal Rasa,topping aku pakai coklat masakan & susu pekat jer.
Ni kak Rozi ajar ku buat bunga,tgk la bunga ros yg ntah apa2 ni.Apa2 pun Terima Kasih pada Kak Rozi yg sudi melayan karenah aku,semoga kak rozi di limpahi rezeki melimpah ruah.

Friday, August 1, 2008

HADIS PALSU - SYAABAN.TOLONG SEBARKAN! PENTING!!!

Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat barat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. ialah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.
Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya.
Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. samada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ianya disebut sebagai al-hadith. Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadith pada hakikatnya, Cuma ianya disebut hadith berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadith palsu ialah:
“Hadith yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara dusta, ianya tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi `Ulum al-Hadith, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut)

Daging Masak Prunes

Ini adalah salah satu resepi tradisi sarawak - Daging Masak Hitam atau daging masak prunes

Bahan2

200grams buah prunes di blender
500grams daging batang pinang di perap dgn garam & kunyit
Halia ibu Jari
5Ulas Bwg putih/merah/serai - di blender termasok halia
cili giling 200grams
rempah ratus untuk menumis
browning 2sudu utk kepekatan warna
kicap manis
sos tiram
aji,gula & garam secukup rasa

Cara - Tumis bahan td bersama rempah ratus,cili giling hingga naik minyak.masokkan daging kacau hingga sebati.biarkan seketika - tudung utk mempercepatkan proses masak

masokkan kicap,sos tiram,browning ,prunes & 2gelas air kacau lagi,tudung seketika lagi & kacau lagi.garam gula secukup rasa.kuah nya menjadi pekat melekat yer!

sedap di mkn bersama nasi minyak,nasi tomato.selamat mencuba!