Tak tau nak mula kan yg mana satu tapi apa pun alasan hari ni adalah hari yg sukar untuk di lalui,semoga Allah swt tabahkan hatiku yg remuk ini,sebak nya kerana tidak dapat menyelamatkan org yg kita sayangi menyeberangi sungai dari alam firdausi.
Cerita nya begini nenek kepada suami aku (chinese buddhist family) dari keluarga yg baik2 belaka,tetapi yelah apa yg dpt ku doakan pada nenek yg sedang nazak sekarang? sekurang2 nya aku dapat menjenguk dia dan perdengarkan kalimah ke telinga nya.tp aku tidak mampu berbuat apa2.Lemah nya iman ku,kerana tidak dapat menghadapi hari yg sukar ini...
Nenek suami eksiden kene langgar lori sawit kat kawasan ladang sawit milik dia.motor dia xrosak tp nenek yg luka parah hingga otaknya tidak dapat berfungsi.Khamis lepas operate 8jam,mana nyawa yg terdaya jika usia sudah menjangkau 90tahun? Hanya Miracle saja yg dapat menentukan...
Sekarang hanya membilang hari sahaja,otak tidak dapat berfungsi hanya menunggu maut bakal tiba.Ya Allah sesungguhnya hanya kau maha mengetahui hati hamba NYA.sesungguhnya engkau maha pengasih lagi maha mengasihani.Engkau juga yg tahu hati setiap hamba MU...
Sebak nya hatiku tidak dapat menyelamatkan dia dari ...... ( korang jer yg tau jawapan nya)
ps/ mana yg dapat aku buat order arini,besok lusa aku cuba siapkan SECEPAT MUNGKIN sebelum HARI penGKebumian! DI JIRAT MANA NTAH TP AKU XPERGI,KERANDA PON DAH SIAP DI SEDIAKAN,SEKURANGNYE AKU GI RUMAH NENEK FOR THE LAST RESPECT.
HARAP MAKLUM!
ps - sudah meninggal petang tadi jam 5ptg,tapi aku xdpt pergi sbb anak2 meragam,lagipun ada tempahan nak buat.
Tuesday, August 5, 2008
Hari Yang Sukar Dalam Hidupku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
mmg hari yg sukar bg kita kak dayang..andai ....itu yg berlaku..bykkan bersabar kak..
Dayang, dapat Kak Ummi bayangkan harapan Dayang untuk "menyelamatkan hati" yang tidak seagama dengan kita..tambahan orang yang dimaksudkan adalah ahli keluarga terdekat. Memang rasanya hendak saja "ditarik" hati dan berbisik buat kali terakhir akan kalimah Allah kepada mereka supaya dapat pergi dalam keadaan sebagai seorang Islam. Tapi apalah daya kaann...Kita x berkuasa nak melawan takdir yang telah ditentukan kepada setiap insan di dunia ni..
Walau apapun, niat suci Dayang itu hanya Allah swt. sahaja yang mengetahui..Bersabarlah ya..xpalah berikan penghormatan terakhir sebagai menghormati pertalian keluarga suami yang memang x akan putus walaupun berlainan bangsa dan agama..
Banyakkan bersabar..kerana sabar itu sebahagian daripada iman dan Allah swt akan memberikan ganjaran kepada orang yang bersabar atas segala ujianNya..
Salam Dayang...Harap Dayang Jangan Bersedih Dan Banyakkan Bersabar...Sudah Di Takdirkan Dia Meninggal Bukan Dalam Iman...
Tuhan Tahu Apa Yg Dayang Inginkan Tapi Tidak Mampu Untuk Berbuat Demikian..Tenangkan Hati Mu Dengan Wuduk Dan Solat..
Salam Dayang...
Bykkan bersabar Dyg..jgn bersedih ya, Sungguh murni hasrat Dyg itu..tp apakan daya kita manusia biasa...hanya Allah maha mengetahui segalanya sbb dan hikmah mengapa semua ni berlaku. sudah ketentuan Allah dia pergi dulu sebelum sempat..
Semoga Dyg tabah menghadapinya.
Dayang, im so sorry to hear abt ur hubby's grandma. My condolonce to your family.
Post a Comment