Followers

PEMBUAT,PENGELUAR,PENGEDAR KEK LAPIS SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA


BENGKEL RAWANG SELANGOR DI BUKA SETIAP HARI 8 PAGI - 8 MALAM
CALL - 017 215 9962 / 017 215 6161

Friday, August 1, 2008

Daging Masak Prunes

Ini adalah salah satu resepi tradisi sarawak - Daging Masak Hitam atau daging masak prunes

Bahan2

200grams buah prunes di blender
500grams daging batang pinang di perap dgn garam & kunyit
Halia ibu Jari
5Ulas Bwg putih/merah/serai - di blender termasok halia
cili giling 200grams
rempah ratus untuk menumis
browning 2sudu utk kepekatan warna
kicap manis
sos tiram
aji,gula & garam secukup rasa

Cara - Tumis bahan td bersama rempah ratus,cili giling hingga naik minyak.masokkan daging kacau hingga sebati.biarkan seketika - tudung utk mempercepatkan proses masak

masokkan kicap,sos tiram,browning ,prunes & 2gelas air kacau lagi,tudung seketika lagi & kacau lagi.garam gula secukup rasa.kuah nya menjadi pekat melekat yer!

sedap di mkn bersama nasi minyak,nasi tomato.selamat mencuba!

1 comment:

amieysa@yahoo.com.my (Amieysa Fidaiy) said...

sedapnya... tak pernah pula amieysa terpikir nak tukarkan asam keping atau buah tomato kepada prune... bagus dan kreatif idea ini.