Selamat Tahun Baru 1431h buat semua pengunjung blog Dayang Kek Sarawak.
Semoga tahun baru ini memberi lembaran baru buat kalian semua,lupakan kisah pahit,buka kan episod yg baru lebih berkeyakinan untuk membina masa depan ekonomi keluarga & diri sendiri.
Berhijrah adalah maksud yg mendalam bagi semua di muka bumi ini.penghijrahan hati dari yg berhati busuk,hasat dengki ke hati yg mulia dengan amalan murni sedekah amal jariah.
penghijrahan hati yg malas untuk bersolat,berdoa ke rajin bersolat,khusyuk & menghayati.
begitu juga penghijrahan dari segi fizikal & mental & sbg nya.
Marilah kita semua umat Islam,jika kita sebenar2 umat Islam,umat nabi Muhammad saw.marilah kita berdoa sempena di tahun baru ini dengan bersalawat,bermunajat insyaallah doa kita akan di makbulkan oleh Allah swt.
Maaf jika terkasar bahasa & tutur kata,sesungguh nya kita tidak lari dari kesilapan.
Kesilapan dapat di ampunkan dengan kemaafan dari seseorang yg di sakiti tetapi jika kita menyimpang dari ajaran Islam tidak dapat di ampunkan oleh Allah swt melainkan kita bertaubat nasuha.
Semoga di tahun baru ini kita di limpahi rahmat & rezeki melimpah ruah hendak Nya.amin
No comments:
Post a Comment