Saturday, January 12, 2008
Friday, January 11, 2008
Kek Lapis Masam Masam Manis - Hawflakes- Kukus
Resepi kek ini adalah dari turun temurun,so saya ingin berkongsi resepi ini kepada anda.
Sediakan pengukus sederhana isi air setengah,letak limau kasturi atau asam keping untuk mengelak pengukus menjadi hitam.biarkan di atas api sederhana hingga mengelegak.
Kek Lapis Masam Masam Manis
Bahan A
16 oz mentega golden churn
2 gelas gula (boleh di kurangkan gula kpd 1cwn bg yg xthn manis)
2 sudu teh vanila
Bahan B
10 biji telur gred A/B
1 tin susu pekat manis
2gelas biskut marie [ditumbuk]
1gelas tepung hong kong
1 sudu teh bikarbonate soda
1 gelas horlicks
Bahan C
pewarna hijau,kuning atau coklat (pilih 2 atau 3 pun boleh)
12 bungkus haw flakes
Cara cara membuat bahan2:
Pukul Bahan A hingga kembang menjadi putih
Pukul Bahan B berasingan,telur pukul hingga kembang
baru di masok kan yang lain mengikut urutan list bhn ini
Satukan kedua-dua adunan dan kacau rata.
Masukkan tepung biskut marie dan baking powder.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian , satu diwarnakan kuning, yg satu lagi diwarnakan hijau.
Sediakan loyang 8x8 atau 7x7 juga boleh,sapukan sedikit butter,kertas minyak mengikut saiz loyang,barulah taburkan sedikit tepung ditepi loyang,untuk mengelak dari melekat.
Kukuslah selapis-selapis dan tutup loyang dengan kain putih,atau kertas putih juga boleh,tp letak senduk panjang melintang di atas loyang untuk menahan kertas dari masok ke dalam acuan tu. tutup pengukus,kukus selapis selama 5minit,barulah di masukkan warna yg baru.
setiap 2 warna selang selikan dengan haw flakes.
jika hendak membakar juga boleh tetapi kena tambahkan ovelette.
Selamat Mencuba
Kek Lapis Tiga

Semalam saya membuat kek ini - namanya Kek lapis Tiga
Kerana ia mempunyai tiga rasa.untuk bahan2 nya ialah -
Bahan A
2ketul Butter
2gelas gula castor
1sudu esen vanilla / serbuk
1 sudu besar ovelette
Bahan B
10biji kuning telor
5biji putih telor
1tin susu pekat manis
2 1/2 cawan tepung hong kong
Bahan C
Perisa strawberry,coklat,pandan
kekacang,coklat chips
Cara cara membuat bahan2 -
Pukul Bahan A hingga Kembang - menjadi putih
Pukul Bahan B berasingan - telor dahulu,baru masok susu pekat,seterusnya tepung hong kong
Campurkan kedua bahan A & B
bahagi 3 bahagian mengikut perisa bahan C
Bakar dlm oven selapis selapis hingga habis,di taburkan kekacang,coklat chips,Selamat Mencuba
Tuesday, January 8, 2008
Aslinya Kek Sarawak ialah...
Assalamualaikum,
Kek kukus Sarawak sudah di perkenalkan dari generasi nenek moyang kami,yang paling uniknya dari nenek ke emak,emak ke anak.Jadi pada zaman saya kecil dulu,kalo bulan puasa mak dah bukak kitab resepinya,memilih resepi kek apa yang nak dibuat untuk juadah hari raya nanti.
Keluar lah di corong radio sarawak pasal resepi kek kukus baru ni,mak suruh saya siap sediakan pen & kertas untuk menyalin resepi kek.
Paling Hot nya,kami mempunyai nama kek kukus yang unik,bukan berdasarkan perasa kek,tetapi berdasarkan situasi sekeliling.
Kalo ada kek baru semualah kaum ibu nak cuba membuatnya,Pernah suatu ketika arwah makcik saya (kakak kpd ibu)pada masa itu berkerja sebagai ketua KEMAS telah mencipta resepi kek,jadi masa tu mak oii,berduyun duyun lah makcik,kakak datang ke rumah nak tengok demonstrasi cara membuat kek kukus baru tu.
Alangkah seronoknya kami pada masa tu budak2 lagi,kira merasa kek tu dah kira bagus,macam hari raya pulak.
Paling glamor kek kukus pada waktu itu ialah KEK HATI PARIK,KEK HOLIDAY INN,KEK LAPIS PANTAI DAMAI,KEK SHARIFAH AINI,KEK MADU KEMENYAN,KEK LAPIS MASAM MASAM MANIS (sekarang nama kek ni kek lapis asam manis,sebenarnya bukan,kek ni namanya berdasarkan cerita Allahyarham TR P.Ramlee dalam filem MASAM MASAM MANIS) & bermcm2 lagi lah
Yang bestnya semua kek tak sama rasa.
Bahan bahan untuk kek pulak kebanyakan tak ada di jual di sini - Semenanjung.
Seperti Browning,kepoe pasta pandan,ovelette yang bermacam jenis,gula apong,loyang tinggi dan lain2 lagi.
Semua kek sarawak menggunakan butter - GOLDEN CHURN - sama ada kek lapis atau kek kukus,susu pekat cap junjung,horlicks,telur gred A/B
Inilah keaslian kek sarawak menggunakan bahan ini,uniknya kalo org sarawak yang kaki kek ni,memang tau merasa jika memakai butter lain jenama atau kekurangan bahan2 kek di dalam kek tersebut.
Kukus kek selama 4jam,ada 6 atau 8jam - ha abis gas nanti,tp selalunya pakai dapur minyak tanah supaya dapat mengawal api.
Kalo pengukus memang setiap rumah di sarawak wajib mempunyai nya.Kat rumah mak ada kecil hingga sebesar besar pengukus ada,kalo loyang tak payah ckp lagi,semua saiz ada.lol
Begitu juga oven khas untuk membuat kek lapis,hanya kat Sarawak aje ada di jual.kek lapis nampak cantik,gebu & tak keras.
Ketahanan kek ini ialah 3bulan kalo di simpan di dlm peti sejuk tanpa memerlukan bahan pengawet,selalunya kek sarawak tak pakai bahan ni,begitu juga baking powder,hanya kek tertentu aje.
Pada asasnya saya tidak belajar langsung mengenai kek kukus mahupun kek lapis,tetapi almaklumlah sudah generasi & tradisi,kalo tak reti buat kek sarawak,supan lah!
( Bahasa sarawak ) bermaksud malu.
sekian saja untuk kali ini.
wassalam
Monday, January 7, 2008
Sunday, January 6, 2008
Borneo Mat - Tikar Borneo

Ini tikar i beli kat Serikin (kpg bidayuh kat Daerah Bau),takde dlm pasaran kuching lg tau,he he yg ada kat pasaran skrg natural color je.berharga rm400 ler termasok kapal terbang bwk ari tu!
Friday, January 4, 2008
Promosi Untuk Tahun Baru Cina 2008 - Promotion For Chinese New Year 2008
Promotions 1
Free delivery for 4cakes - Klang Valleys
Promotions 2
List of the Cakes for those who bought 10cakes by personel,agents or direct to me - Size 7x7 - 1.2kgs
1. Blueberrys Layer - Before - RM55 After - RM50
2. Chocolates Layer - Before - RM55 After - RM50
3. Hawflakes layer - Before - RM55 After - RM50
4. Metropolitan layer - Before - RM55 After - RM50
P/S For those from overseas also welcome.The courrier charges will be follow on your postal service at your residence.
Thank you




