Followers

PEMBUAT,PENGELUAR,PENGEDAR KEK LAPIS SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA


BENGKEL RAWANG SELANGOR DI BUKA SETIAP HARI 8 PAGI - 8 MALAM
CALL - 017 215 9962 / 017 215 6161

Tuesday, April 7, 2009

Aktiviti Kelas & Sekitar di JB

Sesiapa suka ikut perkembangan kelas bleh masok blog kawan2 dyg di jb
ni reference dia Kak Pah tokey bakery besar di Skudai,Kak Zarra Rock

http://zarrazoll.blogspot.com/

http://shaminbakery.blogspot.com/

Resepi Kek Kukus Madu Kemenyan

Ini adalah Kek Tradisi Sarawak,Adalah kemestian di buat pada hari raya.Kek Kukus adalah kek yg popular bila hari raya menjelma.

Harap Maklum ye kawan2 sekelian,Resepi ini sudah di cuba sendiri oleh Kak Pah JB tokey besar bakery kat Skudai.
Jadi inilah dia resepi,Jika Ada soalan jgn malu jgn segan bertanya dlm msg box ok!!!

Bahan A

10 biji putih telor
1 sudu ovelette
1 sudu esen vanilla
1 gelas Gula pasir
( di pukul hingga kembang)
- sudah kembang - Masukkan tepung 1 1/2 gelas & kacau & ketepikan

Bahan B

10 biji kuning telor
1/2 gelas gula pasir
( di pukul hingga kembang)
- Masokkan butter 8oz pukul hingga kembang lg
- Masokkan 1 botol kecil Golden Syrup
- 1 gelas tepung marie ( biskut marie yg di kisar menjadi tepung)
- 1/2 gelas serbuk koko
- 1/2 gelas tepung gandum
- 1 gelas horlicks
- 1 camca kecil browning
- kacau rata2 & sebati



Sesudah menjadi 2 bahagian,selang selikan adunan seperti di dalam gambar. atau mengikut kesukaan masing2 nak mencorak

Sesudah di selang selikan,Tutup loyang dengan plastik ikat ketat dengan tali rafia utk elak air kukusan masok.
Kukus adunan di dalam loyang 8x8x3". Kukus selama 4 jam
Selamat Mencuba

Alhamdulillah

Salam Semua,

dyg dah balik alhamdulillah semua berjalan dengan lancar! Amin jugak atas doa student yg belajar! Terutama skali Kak Pah tokey besar bakery di JB,Kak Zarra tokey besar gak!

Terima Kasih skali lagi yg tidak terhingga atas student yg memberi kerjasama sepanjang kelas berlangsung! Semoga kalian di limpahi rahmat & rezeki yg melimpah ruah hendak Nya!

Amin...

Wassalamualaikum - Dayang

Friday, April 3, 2009

Oven lagikkk


Di beli oleh Cik Puan Yana Ghazali di Port Klang. Sudah di hantar oleh hubby tengahari tadi.Rumah punye lah jauh keh keh keh. Terima Kasih ye Yana. Kak hutang sebijik Kek okehhh!!!

Kek Kukus Lumut lagikkk


Untuk di bawa ke Johor - warna hijau lumut pekat,juga di kukus pagi td.

Kek Kukus Madu Kemenyan

Sudah di potong

Dalam loyang lagi,baru petang td buat
Resepi nanti ye lepas balik dr Jb.

Jumpa di Johor 4 & 5hb April

Besok subuh dah berangkat ke Airport Aasia - now everybody can fly ahakss!!!

Jumpa di sana ye!!!
Skudai Johor 4 & 5 hb April 2009

Isnin Balik ke KL

Kelas Kek Lapis Sarawak di Ipoh

Bagi sesiapa yg nak join kelas kek lapis Sarawak di Ipoh,Perak. Sila hubungi Kak Sofia 019 5552 506 untuk keterangan lanjut,Selepas Last Tour di Kota Kinabalu,Sabah tidak ada lagi kelas kek lapis swk ye.Nak tumpukan pada projek lain pulak.Insyaallah di tahun depan.

Lokasi - no33 Kampung Tersusun, Jalan Anggerik ( RPT ) Pengkalan Pegoh, Ipoh
POC - Puan Sofiah 019 5552 506
Method - Basic Hands on & demo
5 - 6 Jenis kek di ajar - Formula Basic & Corak
Fee - RM400 (Biasa RM1000)
Jam - 10pagi - 4 petang

*Makan tghari di sediakan
*Sijil Penyertaan